Berkenaan Kami
 
Penubuhan
Koperasi ditubuhkan pada 21 Jun 1966 di bawah Ordinan Koperasi-koperasi Tahun 1948 dengan nama Koperasi Pinjam Meminjam dan Jimat Cermat Kakitangan Felda Berhad dengan nombor pendaftaran 4253.
   
Pada 18 Julai 1996,  Koperasi ditukarkan nama kepada Koperasi Kakitangan Felda Berhad melalui suatu pindaan Undang-undang Kecil dan didaftarkan di bawah subseksyen 18 (3) Akta Koperasi 1993.  Koperasi Kakitangan Felda Berhad dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) yang tertakluk kepada Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-peraturan dibawahnya dan Undang-undang Kecil Koperasi.
   
Pada 15 Mei 2009,  Koperasi ditukarkan nama sekali lagi kepada Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad melalui persetujuan mesyuarat agung tahunan pada 28 Mac 2009 dan didaftarkan di bawah subseksyen 18(3) Akta Koperasi 1993. Kini Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) yang tertakluk kepada Akta Koperasi (Pindaan) 2007 dan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 serta Peraturan-peraturan Koperasi dan juga Undang-undang Kecil Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad.
Pengurusan
Pengurusan konvensional dijalankan oleh Koperasi dari mula ianya ditubuhkan sehinggalah tahun 1999.
   
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Yang Keempat pada 14 Mac 1999 mencadangkan Felkop melaksanakan Pembiayaan Peribadi secara Syariah dan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Yang Kelima pada 12 Mac 2000 telah meluluskan perlaksanaan Pembiayaan Peribadi Secara Syariah.
   
Pembiayaan Peribadi Secara Syariah terbahagi kepada dua skim iaitu Skim Pembiayaan Bai Al-Inah (Skim Pembiayaan Peribadi) dan Skim Pembiayaan Al-Bai Bithaman Ajil (Skim Pembiayaan Harga Tertangguh).
   
Carta Aliran Kerja FELKOP
             
       
*Klik pada imej untuk paparan yang lebih besar*