Maklumat Tambahan
 
Insuran Tabung Amanah
Kesemua pembiayaan anggota Felkop dilindungi oleh insuran. Tujuannya adalah untuk melindungi pembiayaan Angota-anggota yang meninggal dunia.
 
 
Zakat
Simpanan anggota Felkop dizakatkan berdasarkan Kelebihan Aset Semasa iaitu 2.5% atas Aset Semasa Bersih yang layak dizakat dan didarabkan dengan peratusan ekuiti pemilikan anggota Muslim.
 
 
 
Skim Pelindungan Asas Felkop

Penubuhan skim ini adalah untuk memastikan kebajikan anggota-anggota Felkop terpelihara begitu juga kebajikan untuk pasangan anggota,  anak-anak anggota dan ibu bapa anggota sendiri.  Sebanyak RM12 akan disumbangkan oleh anggota dan potongan akan diambil daripada jumlah yuran terkumpul bulan Disember anggota-anggota pada setiap tahun.  Bagi anggota baru,  potongan sumbangan akan dibayar secara potongan gaji daripada potongan yuran permulaan mereka.

 
 
 
Wasiat
Perlaksanaan wasiat untuk anggota Felkop telah dilaksanakan dengan kerjasama Amanah Raya Berhad iaitu Syarikat Khidmat Urus Harta Pusaka ZN.   Perlaksanaan wasiat ini adalah salah satu usaha untuk menyedarkan,  meningkatkan kefahaman dan menggalakkan seluruh anggota masyarakat agar mempunyai wasiat kerana perancangan dan pengurusan harta harus dibuat dengan bijak dan teliti. 
 

Di samping itu juga,  ianya adalah untuk memastikan kebajikan anggota Felkop,  pasangan anggota,  anak anggota dan ibu bapa anggota terjamin.  Bayaran ke atas Wasiat yang diambil oleh anggota untuk dirinya sendiri,  pasangannya,  anak-anak atau ibu dan bapa ialah sebanyak RM350 yang akan dipotong daripada jumlah yuran bulanan anggota.